Monday, September 14, 2009

Ceritera 5

Ceritera 5

Mencari satu ketenangan jiwa itu adalah mudah. Sekiranya seseorang itu tahu caranya, semestinya jiwanya itu akan senantiasa tenang. Bagi Zahid, ketenangan jiwanya dapat dirasai dengan mendirikan solat. Dirinya kini baru sahaja selesai menunaikan solat Asar secara sendirian di Masjid Daerah Taiping. Setelah dirinya selesai bekerja, dia terus menuju ke masjid untuk menunaikan solat. Baginya, menunaikan ibadah solat di masjid lebih tenang dan kusyuk untuk didirikan berbanding di rumah. Maka tidak hairanlah jika Zahid akan selalu singgah di masjid dahulu sebelum pulang ke rumah.

Setelah selesai, maka keluarlah Zahid dari bangunan masjid. Dia terus menuju ke keretanya. Dirinya kemudian masuklah ke dalam keretanya itu. Terus dihidupkan enjin kereta sebaik dia masuk. Namun keretanya tidak bergerak selepas itu. Zahid hanya duduk di dalam kereta sambil mendengar radio. Dirinya seperti menunggu seseorang. Mungkin Izham rakan baiknya itu yang sedang dinantinya. Namun hanya Zahid sahaja yang tahu sebab dirinya tidak lagi menggerakkan keretanya.

Tidak berapa lama selepas itu, sebuah Perodua Myvi berhenti betul-betul di sebelah kereta Zahid. Tersenyum Zahid sebaik melihat Myvi itu berhenti di sebelah keretanya. Terus kemudian dimatikan enjin keretanya. Dia kemudian keluar dari kereta selepas itu.

“Abang tunggu lama ke?”

“Emm, taklah. Baru je tunggu. Baru lepas solat tadi,” balas Zahid.

Seorang wanita keluar dari kereta Myvi itu. Rupanya orang itulah yang ditunggu Zahid. Wanita yang bermata bulat dan bertudung kuning itu tidaklah begitu tinggi dan tidaklah juga begitu rendah. Sedang-sedang sahaja ketinggiannya. Wajah wanita itu kelihatan begitu berseri. Mungkin berseri kerana berjumpa Zahid atau mungkin juga memang wajahnya senantiasa berseri sebegitu. Bagi Zahid, bukanlah kecantikan wajah yang dilihatnya, tetapi keserian hati yang dipandangnya. Dan siapakah wanita yang berjumpa dengan Zahid itu? Dialah Khadijah yang telah dikenali Zahid sejak di bangku sekolah lagi.

“Sori kalau lambat,” kata Khadijah.

“Taklah. Mana ada Khadijah lambat..” kata Zahid pula.

“Emm, jadi apa sebabnya abang nak jumpa Khadijah ni?” soal Zahid.

“Tak da apa. Abang cuma nak jumpa kejap je dengan Khadijah,” balas Zahid.

“Err.. bukan, bukan macam tu maksud Khadijah. Khadijah tak kisah pun nak jumpa dengan abang ni,” kata Khadijah. “Lagipun kita jumpa pun kat tempat terbuka. Apa nak takut… Kat kawasan masjid lagi tu..” katanya lagi. Masing-masing kemudian membisu seketika kemudian.

“Emm,… kejap ya..” kata Zahid beberapa ketika kemudian. Dia kemudian terus membuka pintu belakang keretanya. Terus diambilnya beg galas berwarna hitam dari tempat duduk belakang itu. Dia mengeluarkan beg itu dari kereta. Khadijah pula sementara itu memerhatikan Zahid. Dia memerhatikan dengan penuh minat Zahid itu. Dia ternyata ingin sekali mengetahui tujuan Zahid ingin berjumpa dengannya. Dia memang ternyata ingin sekali mengetahui tujuan Zahid mengeluarkan beg galas itu.

“Abang tak kerja ke hari ni?” soal Khadijah kepada Zahid yang sedang membuka beg galas itu.

“Kerja. Baru je habis tadi. Abang terus ke masjid, solat kat sini. Memang selalu abang solat kat masjid ni lepas habis kerja,” kata Zahid. Sambil berkata, tangannya menyelongkar isi kandungan beg yang dipegangnya kini. Dan beberapa ketika kemudian, jumpalah ia akan benda yang dicarinya di dalam beg itu. Sementara itu, Khadijah masih terus memandang Zahid dengan sifat ingin tahu. Dia ternyata ingin tahu benar benda yang sedang dicari Zahid di dalam beg galas itu. “Abang nak jumpa Khadijah bukan apa,” kata Zahid. “Abang cuma nak bagi Khadijah buku ni…” kata Zahid sambil mengeluarkan sebuah buku dari beg galasnya itu.

“Buku apa tu?” soal Khadijah ingin tahu.

“Abang nak Khadijah baca…” kata Zahid sambil menghulurkan novel tersebut kepada Khadijah.

“Apa ni…” kata Khadijah. Dia kemudian menyelak beberapa halaman buku yang diberikan Zahid itu. Beberapa ketika kemudian Khadijah bersuara, “Novel baru abang ke ni?”

“A aa. Baru je siap dua hari lepas. Baru tadi abang bindingkan novel tu,” balas Zahid.

“Tapi buku ni teballah…” kata Khadijah apabila melihat fizikal buku yang dipegangnya itu yang ternyata begitu tebal.

“Lebih kurang tujuh ratus muka…”

“Memang tebal… Yang novel dulu taklah tebal macam ni…” kata Khadijah.

“Abang ada banyak masa. Banyaklah yang abang boleh tulis. Tu yang tebal sikit tu,” kata Zahid.

“Tebal sikit?” soal Khadijah. “Ni tebal banyak ni abang…” kata Khadijah.

“Bacalah buku ni tau. Harap-harap bestlah buku tu. Buku ni, Khadijah orang pertama tau yang baca,” terang Zahid.

“Ya ke? Terima kasihlah abang,” kata Khadijah. “Tapi mungkin makan masa sikitlah kot Khadijah nak baca buku ni”

“Takpe. Janji Khadijah baca. Ada banyak yang tersirat dalam novel tu tau..” kata Zahid.

“Tersirat? Apa yang tersirat tu?” soal Khadijah.

“Khadijah baca jelah buku tu. Nanti taulah Khadijah,” balas Zahid.

“Abang ni memang rajinlah tulis novel…” kata Khadijah. Sambil itu Khadijah menyelak beberapa halaman buku yang diberi Zahid itu. Buku setebal hampir tujuh ratus muka surat itu merupakan novel yang paling tebal yang pernah ditulis Zahid.

“Dah abang minat ke situ..” balas Zahid sedikit tersenyum. “Tapi apa-apa hal pun baca buku tu ya..”

“Insyaallah…” balas Khadijah. Seketika kemudian mereka membisu. Mereka seperti tidak tahu lagi apa lagi yang perlu dibualkan lagi. Namun beberapa ketika Khadijah mula bersuara. “Abang macam mana sekarang kerja?” soal Khadijah.

“Okaylah. Dah ada kawan dah pun sekarang ni. Syoklah jugak kerja kat sana,”jawab Zahid. “Semuanya baik dengan abang” katanya lagi tersenyum.

“Best?” soal Khadijah.

“Alhamdulillah lah…” jawab Zahid. “Khadijah pulak macam mana sekarang? Kerja macam mana? Okay?” soalnya pula.

“Okaylah”

“Ada problem?” soal Zahid.

“Tak ada…”

“Kalau ada bagitau jelah kat abang. Kalau abang boleh tolong, abang tolong,” kata Zahid.

“Tak de apalah abang. Semua okay je,” balas Khadijah. “Abang dah kerja berapa lama?” soalnya pula.

“Dah dekat empat bulanlah rasa-rasanya,” balas Zahid.

“Oh, lebih kurang macam Khadijahlah jugak…”

“Emm… apa lagi nak cakap ye…” kata Zahid yang tidak tahu lagi apa yang perlu dibualkannya. Dia kemudian hanya membisu selepas itu.

“Ni kereta baru abang ke?” soal Khadijah beberapa ketika kemudian cuba mencari tajuk perbualan mereka.

“A aa. Baru dua bulan je beli kereta ni,” jawab Zahid.

“Cantik!” puji Khadijah sambil dirinya melihat kereta Persona milik Zahid itu.

“Myvi ni pulak, Khadijah punya ke?” soal Zahid pula.

“A aa. Bulan lepas beli,” balas Khadijah. Zahid kemudian melihat jam di tangannya. Khadijah melihat Zahid yang sedang memerhati jam tangan. Terus disoal kepada Zahid kemudian. “Abang ada hal ke?” soal Khadijah.

“Eh, kenapa Khadijah cakap macam tu pulak?” soal Zahid kehairanan.

“Khadijah nampak abang tengok jam dari tadi lagi. Tu yang Khadijah tanya..” balas Khadijah.

“Tajam ya mata Khadijah. Boleh tahu dengan tengok gelagat je…” kata Zahid. “Tapi memang betullah tekaan Khadijah. Nampaknya kita tak boleh sembang lama lagilah. Abang kena balik sekarang. Bukan apa, adik abang ada kat rumah. Karang nanti balik lambat sikit dia tanya pulak,” kata Zahid tersenyum.

“Oh, macam tu. Tak palah abang. Lain kali kita boleh sembang lagi. Tu pun kakau ada masa lagi,” kata Khadijah.

“Tulah. Abang kalau tak kerja bolehlah jumpa awal sikit Khadijah. Bolehlah bual panjang dengan Khadijah. Dah lama abang tak dengar cerita Khadijah…” kata Zahid.

“Number phone abang sama lagi ke?” soal Khadijah.

“A aa. Tak tukar. Nombor dulu jugak. Apasal? Khadijah dah tukar nombor ke?” soal Zahid pula.

“Tak. Cuma nak tanya je,” balas Khadijah.

“Emm, abang kena balik nampaknya. Nanti tanya pulak adik abang tu,” kata Zahid. Dia kemudian membuka pintu keretanya. Dirinya kemudian masuk ke dalam kereta sebelum menghidupkan enjin. Khadijah sementara itu pula berdiri di sebelah kereta Zahid, memerhatikan Zahid masuk ke dalam kereta. Beberapa ketika kemudian, Zahid membuka cermin tingkap keretanya. “Baca buku tu ya!” kata Zahid.

“Insyaallah..” balas Khadijah tersenyum.

“Kalau ada problem, telefonlah abang,” kata Zahid. “Kerja rajin-rajin okay!”

“Insyaallah..”

“Assalamualaikum,” kata Zahid.

“Waalaikumussalam”

Zahid kemudian melambai tangannya kepada Khadijah sambil tersenyum. Khadijah membalas lambaian tangan itu juga sambil tersenyum. Kemanisan wajah Khadijah jelas kelihatan ketika ini. Mungkin dirinya gembira kerana telah berjumpa Zahid atau mungkin gembira kerana keprihatinan yang ditunjukkan oleh Zahid. Namun walau apa pun sebabnya, wajah Khadijah ketika ternyata begitu berseri. Sebaik kereta Persona Zahid itu meninggalkan kawasan masjid, Khadijah masuk ke dalam keretanya. Di dalam kereta, dia terus menatap buku yang diberi oleh Zahid. Dia tersenyum apabila melihat buku itu. Dia tidak sabar untuk membaca buku tersebut. Mungkin kerana dia memang minat membaca atau mungkin kerana buku tersebut ditulis oleh Zahid. Ternyata buku itu telah menjelmakan wajah yang begitu ceria pada Khadijah.

Begitu juga halnya dengan Zahid. Sebaik tiba di rumahnya, wajahnya ternyata begitu ceria. Terus ditujuinya ke dapur. Dirinya tahu, Sheera adiknya itu pasti berada di situ. Pada waktu begini, sudah semestinya Sheera sibuk di dapur menyiapkan hidangan makan malam. Dicarinya adiknya itu di ruang dapur. Namun tidak kelihatan pun kelibat adiknya itu. Zahid sedikit kehairanan. Dicarinya adiknya itu di beberapa ruang di dapur.

“Sheera!” panggil Zahid. “Shee……raaa!”

“Ya abang…” balas Sheera. Suaranya kedengaran begitu perlahan di telinga Zahid.

“Kat mana Sheera ni?” soal Zahid kehairanan. Hanya suara Sheera sahaja yang didengarinya. Orangnya tidak pula kelihatan.

“Kat sinki ni..”

Mata Zahid kemudian terus beralih ke sinki di dapur. Dilihatnya kemudian kaki adiknya di bawah sinki tersebut. Rupa-rupanya adiknya itu berada di bawah sinki di dapur.

“Lah, apasal pulak tu. Nak main aci menyorok ke?” soal Zahid sedikit tergelak.

“Sinki ni buat hallah abang,” kata Sheera. “Tersumbat pulak salur paip ni”

“Habis tu, dah elok?” soal Zahid.

“Sikit lagi. Dah nak habis dah pun,” balas Sheera.

“Hai, Sheera, Sheera. Buat suspens je. Ingat dah kena culik dah tadi…” kata Zahid sedikit tergelak lagi. Dia kemudian menghampiri Sheera yang sedang membetulkan saluran paip sinki itu. “Nak abang tolong ke?”

“Tak pe. Dah nak siap ni…”

“Betul?”

“Errr… kalau abang nak tolong boleh jugak. Tolong pulasakan nat ni. Susah lah pulak,” kata Sheera. “Tadi masa buka nat ni senang je…” katanya lagi.

“Sheera,…. Sheera….” kata Zahid sambil menggelengkan kepalanya. Dia kemudian mengambil alih tugas Sheera. Sheera. Sheera pula keluar dari bawah sinki itu. “Eee, busuknya,” kata Zahid mengusik Sheera.

“Yalah. Sheera taulah busuk. Ni nak pi mandilah ni,” balas Sheera.

“Apalah susah sangat nak pasang nat ni. Putar sikit je, dah masuklah…” kata Zahid sambil memutarkan nat di paip itu.

“Abang tu lelaki. Lainlah. Buat kerja macam ni, kejap je,” balas Sheera.

“Okay, dah, dah. Pi mandi cepat. Busuk betul…” kata Zahid.

“Yalah, yalah”

“Lepas ni pakai baju lawa-lawa sikit,” kata Zahid.

“Kenapa?” soal Sheera.

“Ikut jelah. Jangan banyak soal,” kata Zahid. “Emm, dah masak?”

“Tak lagi. Nanti baru nak masak,” balas Sheera.

“Eloklah tu. Tak payah masak hari ni,” kata Zahid.

“Abang perli ke ni?” soal Sheera. “Sorilah. Lambat masak sikit hari ni”

“Eh, bukan perli. Abang serius ni. Hari ni Sheera tak payah masak tau,” kata Zahid.

“Ni, kenapa pulak abang? Abang dah makan ke?” soal Sheera kehairanan.

“Jangan banyak soallah. Pi mandi dulu,” suruh Zahid. “Busuk giler badan tu…” katanya mengusik Sheera.

“Tapi kenapa tak payah masak pulak?” soal Sheera.

“Dah, dah. Pi mandi dulu apa-apa hal pun,” kata Zahid. “Okay?”

“Yelah…”

Sheera kemudian meninggalkan kawasan dapur. Ditujunya terus menuju ke biliknya di tingkat atas. Ternyata Sheera begitu hairan dengan abangnya itu. Tidak pernah walau sekalipun abangnya itu menyuruhnya untuk tidak memasak. Dirinya tambah berasa hairan apabila melihat wajah abangnya itu tadi. Begitu ceria wajah abangnya. Jarang sekali dia melihat wajah abangnya sedemikian rupa terutamanya pada waktu pulang bekerja. Pada fikiran Sheera ketika ini ternyata merasai kelainan pada abangnya itu.

“Buang tebiat ke abang aku tu?” monolog Sheera sebaik masuk ke dalam biliknya.

Setelah selesai solat Maghrib, Sheera keluar dari biliknya. Buat pertama kalinya dia tidak bersolat secara berjemaah dengan abangnya sejak dia tiba di rumah abangnya beberapa hari yang lalu. Sheera ternyata bertambah hairan dengan abangnya itu. Sheera keluar dari bilik dengan berpakaian biasa. Dia kemudian terus turun menuju ke ruang tamu. Setibanya di ruang tamu, dilihatnya abangnya sedang duduk di kerusi. Abangnya itu kelihatan berpakaian kemas. Sekali lagi Sheera kehairanan dengan abangnya itu.

“Lah, kenapa tak pakai baju yang lawa sikit?” soal Zahid sebaik adiknya itu turun menuju ke ruang tamu.

“Kenapa? Ada apa?” soal Sheera kemudian berdiri berhampiran kerusi yang diduki Zahid.

“Kita nak keluarlah. Tu yang abang suruh pakai baju lawa-lawa sikit,” kata Zahid.

“Lah, kenapa tak cakap tadi…”

“Kalau abang dah suruh tu, ikut je lah,” kata Zahid.

“Yalah…” kata Sheera. “Tapi, kita nak pergi mana ni?”

“Pi tukar baju dulu tu,” kata Zahid. “Ikut je abang nanti…”

Sheera tanpa membantah menuju kembali ke biliknya di tingkat atas. Ternyata sekali dia begitu hairan dengan abangnya itu. Pada permulaan tadi, abangnya itu menyuruhnya untuk tidak memasak. Selepas itu abangnya itu bersolat secara sendirian, sesuatu yang jarang berlaku dalam keluarganya. Dan kini, abangnya itu menyuruhnya pula untuk berpakaian kemas tanpa memberitahu tujuan dan sebab abangnya itu menyuruhnya berbuat demikian. Ternyata sikap abangnya itu berlainan daripada biasa.

Beberapa minit kemudian Sheera turun dari biliknya. Dia memakai jeans biru dan blaus putih serta bertudung biru. Dia kemudian terus menuju ke ruang tamu, tempat abangnya kini berada. Dalam keadaan kehairanan, dia duduk di sebelah abangnya.

“Hah, cantik pun Sheera ni,” kata Zahid sebaik adiknya duduk di sebelahnya.

“Nak pi mana ni?” soal Sheera.

“Jom. Ikut je abang,” balas Zahid sambil menarik tangan adiknya itu. Sheera hanya mengikut sahaja Zahid. Dia langsung tidak tahu ke mana abangnya itu akan membawanya. Zahid membawa Sheera terus menuju ke keretanya. Dia kemudian memandu kereta tersebut meninggalkan kawasan rumah.

Kereta tersebut terus dipandu menuju ke sebuah restoran. Keretanya itu dihentikan betul-betul di hadapan sebuah restoran. Sebaik berhenti, Sheera memandang ke luar tingkap. Dilihatnya terus papan tanda restoran tersebut.

“Doli?” soal Sheera sebaik melihat papan tanda restoran itu.

“Ya, Doli. Kenapa tak nak makan kat sini?” soal Zahid pula.

“Kenapa tiba-tiba nak makan kat sini ni?”

“Saja,” balas Zahid ringkas.

Mereka berdua kemudian memasuki restoran itu. Restoran Doli, merupakan antara restoran yang terkenal di Taiping. Jika ditanya pada sesiapapun, pasti mereka akan mengenali restoran itu. Restoran tersebut terkenal dengan kue tiaunya. Bermula sebagai sebuah gerai kecil berhampiran balai bomba Taiping, kini Restoran Doli merupakan salah sebuah restoran yang terkenal di Taiping. Malah, restoran ini pernah dikunjungi krew rancangan Jalan-jalan Cari Makan terbitan TV3. Maka tidak hairanlah jika restoran ini senantiasa penuh terutamanya pada waktu malam.

Sebaik memsuki restoran yang berhawa dingin itu, Zahid sedikit terkejut. Dilihatnya begitu ramai orang di dalam restoran tersebut. Hampir kesemua meja di dalam restoran itu dipenuhi orang.

“Mak ooi! Ramainya….” kata Zahid.

“Habis tu, nak balik?” soal Sheera di sebelahnya.

“Siapa kata?” soal Zahid.

“Dah tu, masuk je lah, nak gaduh ramai pulak orang kat sini. Memanglah orang ramai kat sini. Tempat popular,” kata Sheera.

“Okaylah…”

“Tapi, kenapa abang tiba-tiba bawak Sheera ke sini? Pelik ibni ajaib….” kata Sheera. “Selalunya, abang ni anti makan luar. Ni tetiba pulak nak makan kat luar ni apahal? Kenapa tak sedap ke Sheera masak?” soal Sheera.

“Kenapa, tak nak makan kat sini?” soal Zahid pula. “Kalau tak nak kita balik….” kata Zahid sambil berjalan berpatah balik menuju ke pintu keluar restoran.

“Eh, nantilah,” balas Sheera sambil menarik tangan abangnya. Langkah Zahid terhenti dengan tarikan tangan adiknya itu. “Tanya macam tu tak kanlah tak boleh kot. Sheera Cuma heran je lah…”

“Kenapa? Tak percaya ke?” soal Zahid tersenyum. “Orang nak belanja pun boleh banyak soal. Dah abang nak belanja, biar jelah. Janganlah banyak soal pulak,” kata Zahid. “Jom pi cari meja. Nanti tak da pulak meja kosong,” kata Zahid. Mereka kemudian berjalan menuju ke penjuru restoran. Di kawasan itu sahajalah masih terdapat meja yang kosong.

“Abang ni nampak semacam je. Nampak happy je….” kata Sheera. “Ada berita gembira ke?” soal Sheera. Ternyata dia dapat mengecam perbezaan wajah abangnya itu. Wajah Zahid ternyata menampakkan keceriaan. Mungkin ada perkara yang menyebabkan abangnya ceria begitu.

“Tak ada apalah. Saja nak belanja…” kata Zahid tersenyum.

“Eh, Zahid!”

Kedengaran suara seorang wanita memanggil Zahid. Langkah Zahid terhenti. Ternyata dia mengecam suara yang memanggil namanya itu. Zahid tersenyum mendengar panggilan itu.

“Eh, akak! Kak Erma buat apa kat sini?” soal Sheera sebaik menoleh ke belakang. Seperti yang dijangkakan Zahid, wanita yang memanggil namanya itu merupakan Erma, isteri kepada Izham, yang juga merupakan rakan baiknya. Zahid kemudian menoleh ke belakang melihat Erma yang sedang duduk di kerusi.

“Hang buat apa kat sini?” soal Zahid kemudian.

“Main snuker….” Balas Erma tersenyum. “Boleh tanya lagi ke buat apa kat sini. Mestilah datang nak makan…” kata Erma.

“Oh, ya tak ya kan. Manalah tau kan, kot ada orang tu merajuk kat suami dia, datang sini nak menyendiri….” perli Zahid.

“Eh, mana adalah..” kata Erma.

“Sorang je ke datang sini?” soal Sheera.

“Abang Izham ada kat luar. Terlupa nak kunci kereta tadi…” balas Erma.

“Macam biasalah dia tu…” kata Erma dan Zahid serentak. “Pelupa…” Mereka ketawa kemudian.

“Eh, duduklah kat sini. Bukan ada siapa pun kat sini,” pelawa Erma kepada Zahid dan Sheera.

“Tak pe ke?” soal Zahid tersenyum.

“Manalah tau kot nak buat candle light dinner ke…” usik Sheera pula.

“Ish, tak ada maknanya. Duduklah…” pelawa Erma sekali lagi. Zahid dan Sheera kemudian duduk selepas dipelawa. Pada waktu itulah, Izham masuk kembali ke dalam restoran. Dilihatnya kemudian meja yang diduduki isterinya. Kelihatan kelibat Zahid dan Sheera di meja itu. Izham kemudian tersenyum. Dia kemudian menghampiri meja itu.

“Hang pun nak makan kat sini jugak ke?” soal Izham. “Macam kita ni ada plan sekali pulak ya..”

“Saja je. Tiba-tiba hari ni teringin nak makan kue tiau Doli. Datang je lah…” kata Zahid.

Tanpa disangka-sangka, mereka menikmati hidangan makan malam bersama-sama di Restoran Doli. Kebetulan yang berlaku menyebabkan mereka masing-masing tersenyum. Mungkin tersenyum kerana jarang makan bersama. Namun walau apa pun, malam itu mereka berbual agak panjang juga terutama Sheera dan Erma. Bagi Zahid dan Izham pula, mereka hanya berbual beberapa ketika sahaja. Masa mereka banyak dihabiskan dengan berdiam diri. Mungkin mereka ingin menyimpan tajuk perbualan mereka untuk esok. Pada hari esoklah setiap minggu, Izham dan Zahid akan berjumpa di taman tasik untuk berjoging bersama-sama. Pada waktu itulah, mereka akan berbual panjang. Dan pada waktu itulah, mereka akan berkongsi rahsia masing-masing.

































Tamat Ceritera 5

No comments: