Ceritera 14
Petang Khamis ternyata bukanlah seperti petang yang selalu dilalui Zahid pada setiap hari. Seperti kebiasaannya, pada waktu petang begini, dia dalam perjalanan pulang ke rumah setelah seharian penat bekerja di bank. Namun untuk hari ini, perjalanan pulang dari tempat kerjanya tidak seperti selalu. Hari ini keretanya dipandu menuju ke Hospital Taiping bukan seperti kebiasaan menuju terus ke rumah.
Jalan-jalan di Taiping ketika ini agak sesak disebabkan orang ramai kebanyakannya pulang dari pejabat pada waktu ini. Jalan-jalan di bandar Taiping yang kebanyakkannya hanya satu lorong menambahkan lagi kesesakan jalan raya. Perjalanan Zahid dari pejabatnya di bangunan Maybank Jalan Panggung Wayang menuju ke Hospital Taiping di Jalan Taming Sari tidaklah mangambil masa yang lama. Namun, kesesakan jalan raya telah memakan masa perjalanannya menuju ke hospital.
Zahid tiba di hospital setengah jam kemudian. Keretanya terus meluru memasuki pintu masuk Hospital Taiping. Kawasan tempat letak kereta hospital kelihatan agak lengang sedikit. Zahid melepaskan kelegaan. Dia tidak perlu lagi mencari ruang tempat letak kereta. Dia meletakkan keretanya berhampiran sebatang pokok renek. Setelah itu, dia mematikan enjin keretanya. Dia kemudian keluar dari Proton Personanya itu.
Zahid kemudian berjalan menuju ke bahagian hadapan keretanya. Dia kemudian duduk di atas bonet hadapan keretanya itu. Kelihatan Zahid seperti sedang menunggu seseorang. Kehadirannya di hospital bukanlah bertujuan untuk mendapatkan rawatan atau melawat seseorang. Ternyata dia kelihatan menunggu seseorang.
Zahid memandang di sekelilingnya. Dia cuba membayangkan keadaan hospital itu pada masa dahulu. Ternyata baginya sungguh berbeza keadaan hospital berbanding dahulu. Hospital Taiping bukanlah asing buat Zahid. Dia juga seringkali ke hospital itu sama ada untuk mendapatkan rawatan ataupun atas urusan lain. Dia juga kadang kala turut membawa adiknya, Yasmin ke hospital untuk mendapatkan rawatan psikiatri.
Angin tiba-tiba bertiup agak kencang berbanding kebiasaan. Kesegaran jelas dapat dirasakan pada wajah Zahid. Namun, orang yang ditunggunya kelihatan masih belum muncul lagi. Dia menunggu dengan sabar.
“Assalamualaikum…” sapa seorang wanita yang tiba-tiba muncul di sebelah Zahid tanpa disedarinya.
“Waalaikumussalam…” jawab Zahid sambil senyuman terukir di bibirnya. Dia kemudian melihat wanita yang berdiri di sebelahnya. Seorang wanita berketinggian paras bahunya berada di sebelahnya. Wanita itu berT-shirt hitam, berjeans biru serta bertudung hitam. Zahid kemudian berjalan menuju ke kerusi batu yang teletak tidak jauh dari tempat dia berada kini. Wanita itu juga turut mengikut Zahid. Dia kemudian duduk di kerusi itu bersebelahan Zahid.
“Apa cerita sekarang Fadhilah?” soal Zahid memulakan bicaranya. Wanita yang sedang duduk disebelahnya itu ialah Fadhilah kenalan lamanya.
“Okay je. Sekarang ni kerja kat Ipoh,” balas Fadhilah.
“Ipoh?” soal Zahid kehairanan. “Jauhnya…” katanya kemudian. “Tapi, macam mana pulak Fadhilah boleh ada kat sini?” soalnya kemudian.
“Emm… adik Fadhilah…dia sakit. Leukimia…” balas Fadhilah serius. “Tu yang selalu balik ke Taiping ni…”
“Oh… gitu…”
Mereka kemudian membisu seribu bahasa. Masing-masing kelu lidah untuk berkata-kata. Mereka kelihatan seperti janggal untuk berbual. Masing-masing seperti tidak selesa untuk berbual. Agak lama juga mereka membisu sambil pada waktu yang sama beberapa buah kereta melintasi di hadapan mereka. Kereta-kereta yang melalui itu kebanyakannya merupakan kereta kakitangan hospital yang baru sahaja habis waktu kerja.
“Jadi… adik okay sekarang ni?” soal Zahid menghentikan kebisuannya selama ini.
Fadhilah mengangguk. Wajahnya kelihatan sedikit muram. “Emm… alhamdulillah… makin baik dia…” balas Fadhilah sedikit muram.
“Sorry to hear that,” kata Zahid menunjukkan simpatinya.
“It’s okay,” balas Fadhilah pula sedikit tersenyum. Wajah muramnya hilang sedikit dengan senyuman itu.
“So, dah lama tak jumpa kan?” soal Zahid.
“Memang lama pun. Last sekali jumpa masa Zahid nak pergi MRSM Langkawi dulu…” balas Fadhilah mengenangkan kenangan lama.
“Dah dekat lapan tahun…” kata Zahid pula. “Rasa macam baru je…” kata Zahid. “Last sekali jumpa masa form 4 dulu. Lepas tu sampai sudah tak jumpa. Baru hari ni kita jumpa balik” kata Zahid lagi tersenyum.
Angin sekali lagi bertiup kencang secara tiba-tiba. Angin yang dirasakan nyata memberi kesegaran pada wajah Zahid dan Fadhilah. Sekali lagi mereka masing-masing membisu kembali. Zahid langsung tidak menoleh ke tepi untuk melihat Fadhilah yang duduk di sebelahnya. Matanya berlegar-legar melihat di hadapannya sahaja. Segala percakapannya diluahkan tanpa melihat langsung Fadhilah. Amat sukar baginya untuk melihat wajah Fadhilah. Bukan kebencian yang menyebabkan dia berkeadaan sedemikian, tetapi sebaliknya disebabkan dia sudah lama tidak bertemu dengan Fadhilah. Dai ternyata merasa agak kekok untuk bercakap. Maka tidak hairanlah apabila perbualan mereka sentiasa terhenti dengan mudah.
“Nasib baik Izham jumpa Fadhilah kan?” soal Zahid kembali memulakan bicara yang terhenti.
“Tu pun kebetulan je… kebetulan masa tu terserempak dengan dia kat hospital ni,” balas Fadhilah.
“Izhamlah yang atur semua ni. Dia yang buat Zahid dapat jumpa balik Fadhilah hari ni…” kata Zahid. “Yalah, Zahid dah lama berhasrat nak jumpa Fadhilah. Tapi tulah… tak tau macam mana nak contact Fadhilah. Lost contact dengan Fadhilah”
“Dah ditakdirkan Fadhilah dapat jumpa Zahid balik…” kata Fadhilah dengan tenang. “Lagipun memang Fadhilah pun berniat nak jumpa Zahid…”
“Alhamdulillah hari ini dapat juga kita berjumpa. Sebenarnya tujuan Zahid nak jumpa Fadhilah ni, Zahid nak minta maaf banyak-banyak pada Fadhilah. Yalah dulu kan banyak salah dan silap yang pernah Zahid buat dulu…” kata Zahid tenang.
“Sebenarnya Fadhilah pun nak minta maaf jugak. Tapi bagi Fadhilah, Zahid tak pernah pun buat apa-apa kesalahan kat Fadhilah. Fadhilah yang patut minta maaf. Dulu Fadhilah banyak buat kesalahan kat Zahid. Tapi masa tu Fadhilah tak berfikiran panjang. Akal pendek. Ikut suka je nak buat apa-apa,” kata Fadhilah. “Tapi tu dulu. Sekarang ni mungkin dah berfikir matang sikit kot…” katanya lagi sambil tersenyum.
“Zahid pun sama jugak. Nak mintak banyak-banyak maaf kat Fadhilah. Terutama masa form 2 dulu tu…” kata Zahid dengan tenang cuba mengenangkan kembali peristiwa yang berlaku semasa dia dan Fadhilah di tingkatan dua dahulu. “Masa tu Zahid budak-budak lagi. Fikiran pun masih tak matang lagi,” sambungnya kemudian.
“Eh tak ada apalah pasal tu… lagipun masing-masing yang bersalah,” balas Fadhilah.
“Tapi, ada hikmahnya bila kita ‘putus’ kan?” soal Zahid tersenyum.
“Yalah, siapa yang jadi top student lepas tu…” balas Fadhilah.
“Tu semua berkat usaha cikgu jugak,” balas Zahid merendah diri. “Kalau tak ada usaha, tak ada bantuan, mana boleh nak jadi terbaik”
“Dan jangan lupa sebabnya juga adalah disebabkan putusnya hubangan dengan Fadhilah,” sambung Fadhilah.
“Ya, yang tu Zahid tak nafikan. Memang lepas tak ada hubungan dengan Fadhilah, akademik Zahid melonjak naik,” balas Zahid.
“Kenapa, nak lepas geram masa tu ke?” soal Fadhilah sambil matanya memerhati tepat ke arah mata Zahid. Zahid mengalihkan pandangannya ke arah lain apabila melihat Fadhilah memerhatikannya.
“Lebih tepat sebagai pembakar semangat masa tu,” balas Zahid. “Membakar semangat untuk lebih berusaha”
“Sekali lagi Fadhilah minta maaf,” kata Fadhilah.
“Terima kasih Fadhilah,” balas Zahid kemudian. “Kalau tak kerana Fadhilah, mungkin Zahid hanyut jauh daripada matlamat sebenar sebagai pelajar”
“Jadi, apa cerita?” soal Fadhilah. Dia menukar tajuk perbualan.
“Er… apa cerita apa?” soal Zahid yang kurang jelas.
“Zahid sekarang. Macam mana life sekarang?” soal Fadhilah.
“Alhamdulillah. Semuanya baik-baik belaka. Kerja makan gaji je…” jawab Zahid merendah diri. Tanpa disedarinya, perbualan dirinya dengan Fadhilah mula kelihatan semakin rancak. Mereka ternyata tidak banyak lagi membisu seperti permulaan perjumpaan tadi.
“Makan gaji pun banyak pulangannya. Kerja bukan sebarang kerja. Kerjanya sebagai akauntan”
“Bolehlah. Tapi kalau nak hidup mewah tu, tak adalah,” balas Zahid merendah diri. “Adik Zahid sekarang pun, sorang ada kat MRSM Taiping, sorang lagi dah belajar kat USM”
“Semuanya hebat-hebat belaka ya adik-adik Zahid,” puji Fadhilah. “Sama semuanya macam Zahid”
“Semua tu rezeki masing-masing,” balas Zahid.
“Famili Zahid semuanya hebat-hebat belaka,” kata Fadhilah.
Mereka kembali membisu. Tiada lagi topik yang boleh dibualkan mereka. Hakikatnya, itulah cara mereka setiap kali berjumpa sejak dahulu lagi. Berjumpa dan kemudian bercakap beberapa ketika sebelum membisu kembali. Ternyata cara itu masih lagi ada pada diri masing-masing. Mereka tidaklah kelihatan begitu mesra, akan tetapi mereka dahulu pernah menjadi pasangan semasa di sekolah dahulu.
Zahid melihat jam di tangannya. Waktu telah menghampiri pukul 6.30 petang. Namun dia tidaklah perlu tergesa-gesa pulang ke rumah kerana telah menunaikan solat Asar di di masjid dahulu sebelum menuju ke hospital tempat dirinya berada kini. Serentak dengan itu dia terus bangun. Wajah Ibu dan adiknya Sheera muncul dalam ingatannya kini. Dia tahu pasti mereka kini tertanya-tanya kelewatan dirinya hari ini untuk pulang ke rumah. Serentak dengan itu juga, Fadhilah turut bangun mengikuti jejak Zahid.
“Jadi, lepas ni kita boleh jadi kawan kan?” soal Zahid kepada Fadhilah.
“Ya, mesti,” balas Fadhilah dengan tenang. “Kita boleh jadi kawan. Tak ada permusuhan lagi kan? Tak ada gaduh-gaduh lagi kan? Tak ada masam-masam muka lagi kan?” soal Fadhilah.
“Insyaallah, kita boleh jadi kawan,” balas Zahid sambil memerhati tepat pada wajah Fadhilah. Dia kemudian berjalan menghampiri keretanya yang diletak tidak jauh.
Fadhilah berjalan di sisi Zahid. Dia mengikut menghampiri kereta Zahid. Sekilas pandang, mereka tidak ubah seperti pasangan suami isteri yang sedang berjalan menuju ke kereta untuk pulang. Mungkin mereka kelihatan begitu secocok pada pandangan orang lain.
“So, emm…” kata Zahid sebelum kelu lidahnya.
“Harap lepas ni bila jumpa, tegur-tegurlah Fadhilah ni ya. Dan lepas ni taklah perangai kita macam budak-budak lagi…” kata Fadhilah.
“Ya…”
“Kita berkawan bukan?” soal Fadhilah.
“Ya, dan pasti akan terus jadi kawan,” balas Zahid ringkas. Sekali lagi dia melihat jam ditangannya. “Emm… nak kena balik ni…”
“Oh, okay…”
“Jadi, kita berkawan?” soal Zahid lagi. Soalan yang sama diulang mereka berkali-kali.
“Pasti…”
“Emm… dah lambat. Nanti apa pulak kata Ibu kat rumah…”
“Oh, okay…” balas Fadhilah ringkas.
“Kalau ada apa-apa masalah ke, apa-apa hal ke, telefon je Zahid okay?”
“Ya, insyaallah…insyaallah”
Zahid kemudian membuka pintu keretanya. Dia kemudian melihat Fadhilah lagi sebelum masuk ke dalam kereta.
“Assalamualaikum…” kata Zahid.
“Waalaikumussalam…” jawab Fadhilah.
Enjin kereta kemudian dihidupkan. Dengan perlahan-lahan, kereta Zahid mula bergerak meninggalkan Fadhilah yang semakin jauh ditinggalkan. Kelihatan Fadhilah melambai tangannya ke arah Zahid. Zahid membalas lambaian tersebut sambil tersenyum. Sebaik keretanya keluar dari kawasan hospital, dia menghidupkan radio keretanya.
“Tak usah kau terang ku tahu
Potret wajahmu di setiap penjuru
Curahkan deritamu padaku
Biar ku rasa apa yang kau lalu
Terang-terang, bersama rasa sayang
Biarkan kau terbang
Terang-terang, sudut kecil puisi
Untuk senyumanmu lagi
Berpaling renung kita ke bulan
Lagu yang ku tulis kunyanyikan
Lagu cinta tentang kita berdua
Yang akan kita kenangi hingga tiba masa
Terang-terang, bersama rasa sayang
Biarkan kau terbang
Terang-terang, sudut kecil puisi
Senyumanmu lagi
Mimpi-mimpi yang tak kembali
Aku janji, janji takkan pergi
Mimpi-mimpi yang tak kembali
Aku janji, janji takkan pergi
Tak usah kau terang ku tahu
Potret wajahmu di setiap penjuru
Curahkan deritamu padaku
Biar ku rasa apa yang kau lalu
Terang-terang, bersama rasa sayang
Biarkan kau terbang
Terang-terang, sudut kecil puisi
Untuk senyumanmu lagi
Mimpi-mimpi yang tak kembali
Aku janji, janji takkan pergi
Mimpi-mimpi yang tak kembali
Aku janji, janji takkan pergi”
Lagu Kotak Hati nyanyian kumpulan indie popular Hujan berkumandang di radio. Slot Hot FM Jam yang dikendalikan oleh AG dan Kieran atau lebih dikenali sebagai Jawa Rangers telah menghiburkan sedikit Zahid yang kini dalam perjalanan pulang ke rumah. Nyata lagu Hujan itu sedikit sebanyak telah memainkan sedikit emosi Zahid. Secara kebetulan lagu tersebut membuatkan dia teringat akan Fadhilah yang baru sahaja berjumpa dengannya tadi. Walaupun lirik lagu tersebut nyata tidak mempunyai kaitan dengan hubungannya dengan Fadhilah, namun irama lagu yang mengiringi lirik itu cukup melayan jiwanya. Sekali sekala Zahid menyanyi mengikut irama lagu walaupun kadangkala dia tidak mengingati sesetengah rangkap lirik.
* * *
Malam ternyata telah begitu lewat. Khadijah akhirnya menghentikan pembacaannya. Dia menutup buku yang dibacanya sebelum di masukkan buku tersebut ke dalam beg galas. Beg galas yang diambil Khadijah itu sebelum ini merupakan beg galas milik Zahid. Setelah dimasukkan buku itu ke dalam beg tersebut, dia kemudian terus menuju ke dapur. Di dapur kelihatan Murni sedang membancuh secawan teh.
“Minum teh?” soal Khadijah. Sambil itu dia membuka peti sejuk dan kemudian mengambil susu kotak yang terdapat di dalam.
“Habis tu aku minum apa? Air kosong? Gitu?” soal Murni berseloroh.
“Aik, tanya je pun nak marah?” soal Khadijah kembali sambil menuang susu kotak yang diambilnya ke dalam gelas. Dia kemudian duduk di kerusi sebelum meneguk susu tersebut.
“Tanya pun tanyalah. Tapi kalau dah nampak terang gitu, lagi mau tanya ka?” balas Murni berseloroh. “Dah nampak minum teh tanya lagi…”
Khadijah hanya tersenyum mendengar kata-kata Murni itu. Sebaik selesai sahaja meneguk susu, dia kemudian terus menuju ke sinki dan membasuh gelas yang digunakannya itu tadi. Dia kemudian terus berjalan menuju ke bilik. Namun perjalanannya terhenti sebaik mendengar soalan dari Murni.
“Abang Zahid tu masa dulu ada hubungan ke dengan Kak Fadhilah?” soal Murni.
“Emm… ya,” balas Khadijah. “Tapi tu dulu…”
“Jadi masa Abang Zahid dah bekerja, dia masih berhubungan lagi ke dengan Kak Fadhilah?”
“Behubungan?” soal Khadijah hairan.
“Maksud aku, contact dengan Abang Zahid…” jelas Murni.
“Oh, entahlah. Tapi seingat aku, Abang Zahid dah lama tak jumpa Kak Fadhilah tu. Aku pun tak sure sangat. Tapi aku rasa diorang memang dah lama tak jumpa. Bila Abang Zahid pindah sekolah, memang dah tak jumpa,” kata Khadijah. “Kenapa hang tanya aku?”
“Tak, bukan apa… aku cuma teringat masa Abang Zahid kat hospital dulu, aku ada ternampak Kak Fadhilah melawat Abang Zahid…”
“Tu betul. Aku pun masa tu terkejut jugak. Sebab dah lama tak jumpa Kak Fadhilah…”
“Maknanya Kak Fadhilah dah contact semula dengan Abang Zahid sebelum tu?” soal Murni.
“Ya mungkin… kalau tak macam mana dia boleh tahu Abang Zahid masuk hospital bukan?” balas Khadijah. Dia tersenyum sebelum masuk ke bilik.
* * *
Suasana petang Jumaat itu ternyata berbeza sedikit. Kehadiran Sheera dan Yasmin di rumah Zahid nyata menambahkan keriuhan rumah itu. Ibu dan Ayah pula turut berada di rumah itu. Mereka telah berada di rumah itu sejak majlis perkahwinan Mak Lang lagi. Ayah bercuti selama sebulan setelah sebulan berada di Brunei. Tambahan pula Ayah dikhabarkan bakal ditukarkan ke Taiping tidak lama lagi. Bagi Yasmin pula, dia baru sahaja tiba di rumah selepas solat Jumaat, pulang untuk balik bermalam hujung bulan. Ayah yang mengambil Yasmin pukul 2.30 petang tadi. Bagi Sheera pula, dia telah tiba di rumah itu pada pagi tadi, sebaik sahaja Zahid pergi ke tempat kerja. Maka, kehadiran Sheera dan Yasmin nyata tidak diketahui Zahid.
Pada waktu ini, Sheera dan Yasmin serta Ibu sibuk berada di dapur. Mereka sedang menggoreng karipap di dapur. Karipap buatan Ibu itu digoreng oleh Yasmin manakala Sheera hanya membantu dengan merasa karipap yang dibuat itu. Nyata Sheera tidak begitu ringan tangan ketika di dapur. Agak riuh juga suasana di dapur ketika ini. Kedengaran kadang kala gelak ketawa dan kadang-kadang kedengaran pergaduhan kecil antara Yasmin dan Sheera.
Zahid tiba di rumah tanpa menyedari kelibat Sheera dan Yasmin yang baru tiba di rumahnya. Dia nyata tidak mengetahui kedua-dua adiknya itu pulang ke rumahnya. Setibanya di rumah, dia terus menuju ke biliknya di tingkat atas. Fikiran masih lagi menerawang mengingati kembali saat pertemuan semulanya dengan Fadhilah. Bukanlah kegembiraan yang dirasainya, tetapi sebaliknya satu perasaan aneh seolah-olah seperti tidak percaya terhadap apa yang dialaminya tadi. Fadhilah muncul kembali setelah sekian lama dia dan Fadhilah terputus hubungan. Zahid meletakkan beg galasnya di atas meja kerja. Dia kemudian duduk di kerusi. Zahid kemudian kelihatan seperti sedang termenung. Kadangkala Zahid merenung ke arah tingkap biliknya. Kadangkala dia juga melihat ke arah meja kerja yang berada di hadapannya.
Dia kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluarnya. Telefon itu kemudian diletakkan di atas meja di hadapannya. Beberapa ketika kemudian dia membuka laci meja kerja itu. Dia kemudian mengeluarkan sebuah potret lukisan. Potret lukisan Khadijah sekali lagi dikeluarkan. Diamatinya kemudian potret tersebut agak lama. Entah kali ke berapa dia telah melihat potret lukisan tangannya itu. Dan setiap kali itu hatinya tertanya-tanya akan persoalan yang telah membelenggu dalam dirinya buat sekian lama. Dia tahu, dia perlu mencari noktah kepada persoalannya itu. Dia harus menyelesaikan dalam seberapa cepat yang mungkin. Dan pada waktu itu jugalah, hidungnya telah menangkap bau gorengan karipap yang sedang digoreng di dapur. Zahid tersenyum kemudian seraya menyimpan kembali potret Khadijah ke dalam laci semula.
“Karipap Ibu! Sedap!” kata Zahid kemudian. Dia kemudian terus turun menuju ke tingkat bawah menuju ke dapur.
Setibanya dia di tingkat bawah, Zahid nyata terkejut. Dia tidak menyangka bahawa dua ‘jelitawan’ keluarganya telah pulang ke rumahnya. Kemunculan Sheera dan Yasmin nyata mengejutkan Zahid. Pasti meriah sedikit rumahnya. Ibunya kini berada di rumahnya, begitu juga Ayah yang kini bercuti selama sebulan di rumahnya setelah sebulan berada di Brunei. Khabarnya juga Ayah bakal ditukarkan sekolah ke Taiping. Berita yang nyata mengembirakan buat Zahid. Kini, dua adik kesayangan pula pulang ke rumahnya. Hati Zahid nyata begitu gembira.
* * *
“Sesungguhnya pengetahuan tentang saat itu adalah di sisi Allah; dan Dialah yang menurunkan hujan, mengetahui apa di dalam rahim (kandungan perempuan). Dan seorang pun tiada mengetahui apa yang akan diusahakannya esok dan tiada seorang pun yang akan mengetahui negeri mana dia akan meninggal dunia; sesungguhnya Allah itu cukup mengetahui dan cukup mengerti”
(Surah Lukman, ayat 34)
“Bukankah ayat tu menerangkan sejauh mana pengetahuan Allah itu?” soal Izham.
“Ya, surah Luqman, ayat 34…” kata Zahid.
“Jadi, kalau hang tanya aku, jawapan aku sama macam dulu jugak,” balas Izham. “Allah Maha Mengetahui…”
“Dan hang dah ada banyak pengalaman bukan?” soal Zahid.
“Mungkin betul… tapi tak boleh disamakan dengan hang…” balas Izham. “Pengalaman adalah berbeza bagi setiap yang mengalami pengalaman itu”
“Ya… tapi pengalaman itu juga mampu memberi panduan kepada mereka yang tak pernah mengalaminya bukan? Bukankah sedikit pengalaman seseorang itu mampu memberi sedikit panduan kepada mereka yang cuba menghadapi pengalaman itu?” soal Zahid.
Izham hanya tersenyum. Hujahan Zahid itu lambat dibalasnya. Dia berfikir dahulu sebelum membalas kembali hujah Zahid itu. Cuaca pagi di Taman Tasik Taiping ternyata lebih redup berbanding kebiasaan. Langit pagi hari ini kelihatan agak mendung. Cahaya mentari yang memancar dilidungi awan yang tebal. Zahid dan Izham kini berada di atas jambatan, tempat biasa mereka berehat selepas penat berjoging. Seperti kebiasaan pada setiap minggu, mereka pasti akan berbual mengenai pelbagai perkara. Namun untuk kali ini, perbualan mereka sedikit berbeza. Bicara yang bermula dimulakan Zahid dengan menanyakan pendapat Izham mengenai dilema yang dihadapinya. Ketidakpastian terhadap niatnya itu nyata menggusarkan hatinya.
“Aku tau… hang memang ada jodoh dengan dia sejak hang kat sekolah lagi…” kata Izham setelah sekian lama membisu.
“Kenapa hang kata macam tu?” soal Zahid.
“Yalah, cara hang layan dia memang berbeza dengan cara hang layan kenalan perempuan hang yang lain,” terang Izham.
“Ya, tu mungkin. Tapi aku kenal dia sejak sekolah rendah lagi…”
“Tapi hang kenal Fadhilah pun sejak sekolah rendah bukan?” soal Izham.
“Tapi itu perkara yang berbeza…”
“Apa bezanya? Sekolah yang sama, kawasan kediaman di kawasan yang sama, persekitaran yang sama, apa bezanya Khadijah dengan Fadhilah?” soal Izham.
“Jawapannya aku berkawan dengan Khadijah, tapi aku tak pernah berkawan dengan Fadhilah. Fadhilah aku kenal lebih rapat bila aku naik sekolah menengah dan aku bukannya berkawan, tapi terus ada hubungan special dengan dia,” balas Zahid.
“Ya, hujahan hang mungkin ada benarnya. Tapi apa bezanya? Mereka berdua masing-masing perempuan?” soal Izham.
“Sebab hang tak pernah mengalami macam mana aku alami,” balas Zahid.
“Nah, itulah yang aku cakap tadi. Pengalaman aku, tak dapat nak bantu hang hadapi pengalaman hang sendiri…” kata Izham.
Zahid terkaku seketika. Ternyata kata-kata Izham itu ada benarnya. Pengalaman dirinya ternyata sangat berbeza dengan rakannya itu. Situasi yang pernah dihadapi mereka nyata mempunyai kontras. Buat seketika dia mendalami kata-kata Izham itu.
“Tapi, hang kenal aku sejak dari sekolah lagi bukan?” soal Zahid kemudian setelah beberapa ketika membisu. “Dan pasti hang sedikit sebanyak tahu sifat aku bukan? Tak mungkin hang tak boleh bagi walau sedikit nasihat pun?”
Izham berjalan beberapa tapak menghampiri tepi jambatan. “Kalau benar pun aku dah lama kenal hang, tak semestinya aku boleh tahu apa yang terbaik untuk hang…”
“Maksudnya?” soal Zahid.
“Mak hang tahu tak?” soal Izham.
“Ibu aku?” soal Zahid sedikit mengerutkan dahinya. “Perlu ke aku bagi tahu?”
“Kenapa tidak? Dia kan mak hang…” balas Izham. “Kalau hang nak tau apa yang terbaik untuk hang, maka dialah rujukan terbaik…”
“Cakapnya memang mudah. Tapi nak dibuatnya bukan satu yang senang…” balas Zahid. “Dalam hal ni, Ibu aku langsung tak tahu pasal Khadijah…”
“Habis tu, hang nak rahsiakan lagi? Biar hang sampai bila-bila tak pasti apa yang perlu hang buat? Hidup terus dalam dilema?”
“Pilihan apa lagi yang aku ada… Aku bukan macam hang, boleh berani terus terang bagi tau kat mak hang bila hang nak kahwin dengan Erma dulu…”
Izham terdiam kemudian. Dia tersenyum dengan kata-kata Zahid itu. Ternyata dia memang lebih berani jika dibandingkan dengan rakannya itu. Perbualan mereka sekali lagi terhenti. Namun untuk kali ini, perbualan yang terhenti ini agak lama berbanding sebelumnya. Pada masa ini, masing-masing memandang ke arah tasik yang dipenuhi anak-anak ikan.
“Hai bujang lapok tak boleh harap, basikal cabok dah naik kurap, baru putus hai urat saraf, masuk angin keluar asap…” Secara spontan Izham tiba-tiba menyanyi sedikit petikan daripada lagu Menceceh Bujang Lapok nyanyian Tan Sri P.Ramlee, Datuk Aziz Sattar dan S. Samsuddin.
“Ya, betullah tu…” balas Zahid. “Tapi bujang lapok ni nak tanya, apa pendapat suami mithali ni?” soal Zahid berseloroh sambil menepuk bahu rakannya itu.
“Okaylah, tapi aku cuma cakap pendapat aku saja. Tapi kalau hang ikut ke dan tak menjadi, aku harap minta maaflah…”
“Jadi cakaplah… cakap… cakap…” balas Zahid meniru gaya Ahmad Nisfu semasa memberi arahan screen test kepada P.Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapok.
“Wuek…” Izham menejelirkan lidahnya cuba pula meniru aksi P.Ramlee dalam filem yang sama. Zahid tersenyum.
“Jadi, serius, apa yang perlu aku buat?” soal Zahid kembali serius.
“Sama macam maksud Surah Lukman, ayat 34…” balas Izham ringkas. “Mata hati kita kadangkala tak nampak apa yang sebaiknya untuk kita…” kata Izham. “Maka kalau itu yang berlaku, hang mahonlah pada Dia. Sujudlah dan mintalah petunjuk-Nya”
“Aku dah cuba buat dulu, tapi aku masih tak pasti lagi…” balas Zahid.
“Itu dulu. Buat lagi, dan buat lagi, dan terus buat lagi…. Insyaallah hang akan nampak dengan jelas,” balas Izham. “Macam nilah, aku tau hang dah mohon pada Allah…”
“Ya, aku buat…”
“Apa kata malam ni, sekali lagi hang mohon pada dia. Hang solat Istiqarah malam ni, mohon dan berdoa moga-moga dirungkaikan dilema hang tu…. Ya mana tau, esoknya hang dapat petunjuk dengan jelas?”
“Aku harap begitulah…”
“Yakin pada Allah…”
“Ya, Allah Maha Mengetahui”
“Dan mungkin lepas tu hang akan melamar Khadijah?” soal Izham berseloroh.
Zahid hanya tersenyum sahaja. Mereka kemudian mula berjalan meninggalkan kawasan jambatan. Perlahan-lahan mereka akhirnya menuju ke kereta masing-masing. Sebelum masuk ke dalam kereta, Izham berkata,
“Hang jangan risau. Rileks je… Aku yakin hang boleh selesaikannya…”
“Ya aku harap macam tulah…”
Tamat Ceritera 14
No comments:
Post a Comment